Monday 11 January 2010

Menara HPA di Shah Alam

Alhamdulillah Menara HPA bernilai RM54 juta di Seksyen 13 Shah Alam telah siap untuk digunakan pada bulan Mac ini. Bermula Mac 2010 ini juga bermulalah penghijrahan Ibu Pejabat HPA dari Kompleks AlWahida di Jejawi Perlis ke Menara HPA di Shah Alam Selangor.

Pengumuman ini dibuat oleh Pengarah Urusan melalui wakilnya Us. Mohamad Ibrahim di Hotel dePalma Shah Alam diakhir kuliah perubatan Jawi semalam.



KPJ yang kali pertama diadakan di Shah Alam semalam telah dihadiri lebih 300 orang yang terdiri dari pengedar pengedar yang setia bersama prospek masing-masing. Sebelum kuliah bermula, para hadirin telah dibentangkan Insentif Taawun HPA 2010 oleh Timbalan Presiden KPA PJS Rosmandi Ishak.


Us Mohamad Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Us. Mad China merupakan orang yang diamanahkan oleh Pengarah Urusan untuk menjaga pelajar-pelajar tajaan HPA di Guangzhou. Menurutnya dalam kenyataannya semalam bahawa beliau telah mewakafkan dirinya untuk HPA. Kelebihan berceramah yang ada padanya disamping mempunyai kelulusan dari Universiti AlAzhar Mesir telah meyakinkan Tn Hj Ismail untuk mewakilkannya untuk memberi kuliah dalam Program Kuliah Perubatan Jawi (KPJ) yang diadakan diseluruh Malaysia dan Indonesia.

Wednesday 6 January 2010

TANGGUNGJAWAB MENYOKONG PERNIAGAAN MUSLIM

9 Jun 2007
Ustaz Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin

Sikap tolong menolong, bantu membantu dan jamin-menjamin sesama muslim di dalam perkara makruf atau kebaikan adalah merupakan tuntutan al-ukhuwwah al-Islamiyyah (persaudaraan Islam). Seseorang muslim sentiasa berusaha membantu saudara muslimnya yang lain. Membantu sesama muslim adalah antara tanggungjawab yang mesti dipikul oleh bahu setiap yang beriman dengan ayat Allah (maksudnya) “Sesungguhnya orang beriman itu bersaudara” (Surah al-Hujurat ayat 10). Bagi membuktikan persaudaraan islam yang tulin, baginda Nabi s.a.w. menghuraikan di dalam hadithnya, daripada Abi Musa r.a., sabda Nabi s.a.w.: “Bandingan seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain bagaikan satu bangunan, kuat-menguatkan antara satu sama lain”. (riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Seperti yang kita maklumi, pembabitan umat Islam di tanahair kita dalam bidang perniagaan masih dalam keadaan yang tidak kukuh. Para peniaga muslim menghadapi cabaran yang kuat di sudut persaingan. Agak sukar untuk kita dapati pasaraya-pasaraya besar dimiliki oleh muslim atau memasarkan barangan keluaran muslim. Ini berlaku disebabkan faktor-faktor tertentu, mungkin salah satunya perkauman.
Di samping itu kedai yang dimiliki oleh umat Islam juga jumlahnya terhad. Demikian juga barangan produk muslim lebih terhad. Lebih daripada itu, kita dapati agak sukar selain daripada muslim membeli barangan produk umat Islam. Keadaan ini tentu akan menjadi lebih buruk sekiranya umat Islam sendiri tidak membeli di gerai, kedai dan pasaraya yang dimiliki oleh saudara muslim mereka. Demikian juga keadaan menjadi lebih buruk sekiranya umat Islam tidak membantu membeli produk muslim.
Padahal dalam keadaan sebeginilah setiap umat Islam lebih dituntut melahirkan sikap persaudaraan Islam. Menghasilkan produk keluaran muslim adalah suatu kewajipan agar kita bebas dan tidak bergantung kepada orang lain. Demikian juga membeli produk muslim, atau di kedai dan pasaraya yang dimiliki oleh orang Islam adalah kewajipan agar tanggungjawab tersebut berjaya disempurnakan. Juga menunaikan tanggungjawab bantu membantu dalam menguatkan umat. Ianya juga menguatkan ekonomi umat. Sekiranya individu umat memiliki kuasa harta serta mereka beriman dan beriltizam, maka masyarakat Islam sekaligus akan menjadi kuat. Al-Syeikh Mustafa Khin di dalam Nuzhah al-Muttaqin ketika menghuraikan hadith “Bandingan seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain bagaikan satu bangunan, kuat-menguatkan antara satu sama lain” di atas, menyebut: Bandingan yang dibuat dalam hadith ini bertujuan menggalakkan bantu membantu dan tolong menolong sesama mukmin. Ini adalah perkara yang mesti dilakukan, kerana pembinaan umat tidak akan sempurna dan berhasil kecuali sebahagian umat membantu dan menguatkan sebahagian yang lain. Seorang mukmin tidak dapat bersendiri dalam urusan dunia dan agamanya, ianya semesti memerlukan pertolongan dan bantuan saudaranya yang mukmin. Jika tidak, dia akan gagal menunaikan tanggungjawabnya dan akan cacatlah peraturan dunia dan akhiratnya serta akan termasuk dalam golongan yang binasa (Mustafa al-Khin, Nuzhah al-Muttaqin, jld 1, m.s. 199,cetakan: Muassasah al-Risalah, Beirut).
Jika ada peniaga muslim di sesuatu tempat, pembeli muslim yang lain hendak membantunya dengan membeli daripadanya. Janganlah dijadikan perbezaan harga yang sedikit menjadi ukuran. Ini kerana kita tahu, kekuatan ekonomi saudara kita masih lemah dalam menghadapi persaingan. Jadikan akidah dan persaudaraan lebih utama, dan anggaplah membeli daripada saudara kita yang muslim adalah ibadah.
Demikian juga jika ada barangan keluaran muslim, pembeli muslim yang lain hendaklah membeli daripadanya. Jangan jadikan perbezaan rasa dan kualiti yang sedikit, menyebabkan kita menggadaikan persaudaraan kita. Membeli barangan saudara kita yang muslim adalah ibadah. Apatah lagi dalam keadaan kita sedang berusaha membangkit umat yang kebelakang dalam persaingan ekonominya. Ini semua menunaikan apa yang digesa di dalam hadith yang sahih, sabda Nabi s.a.w: “Bandingan golongan mukminin di dalam kasih-sayang, simpati dan tolong menolong antara satu sama lain seperti satu jasad. Sekiranya satu anggota mengadu kesakitan, maka seluruh anggota akan berjaga malam dan demam panas” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Bayangkan kalau semua rumah muslim menggunakan barang keperluan makanan hariannya seperti rempah, sos, kicap, minyak masak dan lain-lain keluaran muslim, betapa kita telah menguatkan ekonomi saudara-saudara kita para peniaga muslim, dan memastikan wang kita sebagai pembeli muslim mengalir kepada saudara kita muslim yang lain. Terngamakkah kita menggunakan barangan “orang lain” dan meninggalkan barangan saudara muslim kita. Iman yang tulin membantah tindakan ini. Bahkan dalam arus persaingan yang ada, kita sebenarnya mengkhianati saudara kita para peniaga muslim, yang sedang melaksanakan fardu kifayah mengeluarkan barangan tersebut. Sabda Nabi s.a.w.: “Seorang muslim itu saudara muslim yang lain. Dia tidak akan mengkhianatinya, mendustainya dan menghinanya. Setiap muslim haram (mencemar) maruah, harta dan darah muslim yang lain. Taqwa itu di sini (hati). Cukuplah untuk dianggap seseorang melakukan kejahatan dengan dia menghina saudara muslimnya. (Riwayat al-Tirmizi, kata hadith ini hasan. Kata al-Sakhawi: Ianya hasan sahih)
Ibn `Allan (meninggal 1057H) ketika menghuraikan maksud “tidak mengkhianatinya”, berkata: “mengkhianatinya ialah mengurangkan haknya yang mesti ditunaikan iaitu tolong menolong dan bantu membantu” (Ibn `Allan, Dalil al-Falihin, jld. 1, m.s. 17, cetakan: Dar al-Fikr, Beirut)
Hadith-hadith lain begitu banyak yang menunjukkan betapa seorang muslim wajib menolong saudaranya muslim yang lain. Seperti yang disebutkan tadi, suasana persaingan yang ada menuntut untuk semangat ukhuwwah dipertingkatkan. Malangnya sebahagian kuliah-kuliah hambar di masjid dan surau tidak menekan peri pentingnya hal ini. Sehingga kita menjadi lemah. Pengusaha-pengusaha muslim tidak mendapat sokongan daripada saudara seakidahnya sendiri.
Bayangkan sekiranya setiap kedai makan dan restoran yang dimiliki oleh orang muslim yang tumbuh bagaikan cendawan kebelakangan ini menggunakan produk buatan muslim, betapa kita berjaya menguatkan ekonomi umat membantu antara satu sama lain. Bayangkan setiap perniagaan muslim mendapat sokongan daripada saudara muslim yang lain. Tentu wang umat akan berkisar sesama umat dan penglibatan muslim dalam bidang perniagaan akan dapat ditingkatkan.
Berdasarkan hadith-hadith yang disebutkan, nyata membeli barangan muslim dengan niat persaudaraan Islam dan ingin membantunya adalah ibadah. Dalam kata lain, pembeli muslim bukan sahaja memperolehi barang, tetapi dia juga memperolehi pahala. Jika ada sedikit sebanyak kekurangan, dalam suasana lemah dan persaingan yang ada, kita hendaklah menasihati saudara kita penjual muslim dan bersabar.
Di sudut para peniaga muslim pula, mereka hendaklah mengamalkan akhlak Islam dalam perniagaan. Proses menghidupkan suasana tolong menolong di dalam memajukan perniagaan muslim tidak akan berjaya jika tidak wujudnya kesedaran dari kedua belah pihak. Perkara yang paling buruk sekali di dalam perniagaan ialah penipuan. Peniaga muslim ketika mengendalikan perniagaan, atau mengeluarkan produknya hendaklah amanah dan sama sekali mengelakkan anasir penipuan di dalam perniagaan. Para penipu umat tidak termasuk di kalangan umat Nabi s.a.w. dan tidak layak mendapat pertolongan di dalam kalangan masyarakat muslim yang kita idamkan. Dalam hadith riwayat Muslim, Rasulallah s.a.w. lalu di hadapan selonggok makanan (untuk dijual), lalu baginda memasukkan tangan baginda ke dalamnya. Kemudian di dapati jari baginda lembab. Bagianda bertanya: Apa ini wahai tuan punya makanan?. Jawabnya: Ianya terkena hujan, wahai Rasululallah!. Baginda lantas bersabda: “Mengapa engkau tidak letak ianya di atas, sehingga orang boleh lihat?!!. Sesiapa yang menipu kami dia bukan dari kalangan kami”. Di dalam hadith yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda: “Bagi setiap yang belot (menyalahi janji) ada bendera pada hari kiamat, dikatakan inilah pengkhianat si pulan”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Kata Dr. Muhammad `Ali al-Hasyimi: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. begitu keras terhadap penipuan, tipu daya dan pemungkir janji, tidak memadai sekadar mencampak jauh penipu dan pengkhianat janji dari masyarakat muslimin di dunia, bahkan mengistiharkan bahawa setiap pemungkir janji akan dihimpunkan pada hari kiamat dalam keadaan dia membawa bendera penipuan” (Dr. Muhammmad `Ali al-Hasyimi, Syakhsiah al-Muslim, m.s. 164, cetakan: Dar al-Basyair al-Islamiyyah, Beirut)
Berbekalkan perasaan takutkan azab Allah pada hari kiamat, para peniaga muslim mengeluarkan produknya, atau mengendalikan perniagaan dengan penuh amanah dan tanpa sebarang tipu daya. Masyarakat Islam pula berusaha membeli barangan para peniaga saudara muslim mereka yang dijamin kejujurannya. Para pembeli dalam masyarakat Islam beribadah ketika membeli, sementara para peniaga pula beribadah ketika menguruskan peniagaan dengan jujur dan amanah. Hasilnya para peniaga muslim mendapat jaminan pasaran daripada saudara-saudara muslim mereka, sementara para pembeli mendapat barangan yang dijamin kejujuran pengurusan dan produknya. Jaminan ini tidak tertera di atas kertas perjanjian rasmi, tetapi ianya adalah jaminan iman dan taqwa yang melahirkan ukhuwwah islamiyyah atau persaudaraan islam yang melebihi segala persaudaraan dan perjanjian. Firman Allah: “Bertolong menolonglah kamu di dalam kebaikan dan taqwa, dan janganlah kamu tolong menolong di dalam dosa dan permusuhan” (Surah al-Maidah, ayat 2)
Di samping itu, perlu diingatkan bahawa para peniaga muslim perlulah memastikan kualiti dalam pengeluaran dan pengurusan. Ini kerana sikap yang amanah sahaja, tanpa kualiti barangan tidak akan dapat memenuhi sasaran. Al-Quran menyebut: "Sesungguhnya sebaik-baik orang yang hendak engkau ambil bekerja ialah yang kuat (berkemampuan) dan amanah (dipercayai)."(Surah al-Qasas, ayat 26). Kelayakan mengendali sesuatu urusan mestilah bergabungnya dua faktor; pertama amanah, kedua; kemampuan atau kemahiran. Sekiranya peniaga muslim menggabungkan di dalam dirinya sikap amanah berserta kualiti perniagaan, maka dia memberikan khidmat yang memuaskan hati umat yang sedang bersiap untuk membantu mereka dengan cara membeli produk-produk yang dikeluarkan. Bersemaraklah suasana tolong menolong di atas dasar taqwa.
Juga antara ciri tolong-menolong ialah memudahkan pembeli. Sebagai contohnya; adalah mendukacitakan, apabila kita dapati ada kedai runcit muslim yang sebahagian barangan penting yang menjadi keperluan tidak dijual di dalamnya. Bila ditanya, jawab empunya kedai “untungnya tidak seberapa” atau “untungnya tipis”. Tidakkah dia berfikir sekiranya dia menyediakan barangan tersebut dia telah memudahkan pembeli yang datang ke kedainya, supaya mereka tidak perlu ke kedai lain lagi. Dalam masa yang sama ianya adalah tarikan kepada pembeli dan memudahkan urusan mereka. Memudahkan urusan orang lain adalah ibadah, dan juga membawa faedah kepada perniagaan. Perkara seperti ini sepatutnya difahami dengan baik oleh peniaga muslim. Dalam hadith Nabi s.a.w. bersabda: “..engkau menolong orang lain mengangkat barang ke atas kenderaannya adalah sedekah” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Tentulah peniaga yang menolong pembeli memudah kerja pembelinya adalah sedekah. Demikian dia berniaga dan beribadah.
Hendaklah kita semua meniru apa yang dilakukan oleh kaum al-`Asy`ariyin (kaum Abu Musa al-`Asy`ari) yang sentiasa tolong menolong antara mereka. Rasulullah s.a.w. memuji mereka, sabda baginda: “Sesungguhnya kaum al-`Asy`ariyin apabila keluar berperang, atau kurang makanan keluarga mereka di Madinah, mereka himpunkan apa yang ada pada mereka dalam satu kain. Kemudian mereka membahagikan dalam satu bekas dengan sama rata. Sesungguhnya mereka daripadaku dan aku daripada mereka. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Maksud “ Sesungguhnya mereka daripadaku dan aku daripada mereka” ialah menggambarkan redhanya Nabi s.a.w. dengan tindakan mereka. Betapa yang mereka lakukan menepati ketaatan kepada Allah.
Hadith ini memperlihatkan betapa sikap tolong menolong dan bantu membantu sesama sendiri dalam keadaan terdesak sangat dituntut. Demikianlah membeli barangan muslim dalam keadaan kekuatan ekonomi tidak berada di tangan umat adalah lebih dituntut. Ini bukanlah menggambarkan sikap jumud dan taksub kepada puak. Nabi s.a.w. dalam hadith di atas memuji kaum al-`As`ariyin yang sentiasa tolong menolong sesama sendiri dan tidak menganggap itu sebagai sikap berpuak yang dicemuh. Sebaliknya baginda memuji mereka. Kata al-Syeikh Muhammad al-Mubarak ketika menghuraikan hadith di atas: “Sesungguhnya Nabi s.a.w. memerangi `asabiyyah (perkauman) yang semata-mata disebabkan keturunan, lalu menggantikannya dengan ikatan akidah dan prinsip. Namun baginda menganggap kaum al-`As`ariyin sebahagian daripada baginda. Ini disebabkan prinsip yang sama iaitu jamin-menjamin dan bantu membantu dalam harta. Juga membahagikan harta sesama sendiri dalam hal darurat dan keperluan. (Muhammad al-Mubarak, Nizam al-Islam, mabadik wa qawa`id `ammah, m.s. 134, Dar al-Fikr, Beirut).
Selagi kita tidak dapat membina kekuatan ekonomi umat, sehingga kita mampu berdiri dengan sendirinya, kita akan terus menjadi umat yang lemah. Umat wajib terus berusaha mengeluarkan berbagai produk dan keperluan sehingga kita tidak bergantung kepada orang lain. Setiap individu muslim hanya ada dua pilihan di hadapannya, samada dia menjadi pengeluar barangan atau pembeli barang keluaran saudara muslimnya yang lain. Mereka yang tidak menyertai kempen ini, melupai bahawa diri mereka adalah satu juzuk daripada umat, juga melupai tanggungjawab ukhuwwah islamiyyah. Maulana Abu Hasan `Ali al-Nadwi r.h. pernah mengkritik dunia Arab dalam tulisannya dengan menyatakan: “Mestilah bagi dunia Arab sebagai dunia Islam bebas (memiliki sendiri) dalam perniagaan, harta, industri dan pendidikan. Bangsa mereka tidak boleh memakai melainkan apa yang tumbuh di buminya dan ditenun dengan tangannya…sesungguhnya dunia Arab tidak dapat dapat memerangi Barat- jika keadaan memerlukan demikian- selagi meraka memerlukan Barat dalam soal harta, pakaian dan barangan. Tidak ada pena yang digunakan untuk menandatangani sesuatu perjanjian dengan Barat, melainkan pena tersebut dibuat di Barat. Tidak ada senjata yang digunakan untuk memerangi Barat, melainkan senjata itu dibuat di Barat. Sesungguhnya adalah memalukan apabila umat Arab tidak dapat mengambil manfaat daripada sumber kekayaan dan kekuatan mereka sendiri. Adalah memalukan apabila air kehidupan yang mengalir di dalam urat mereka akhirnya sampai ke tubuh orang lain..” (Abu Hasan `Ali al-Nadwi, Maza khasira al-`Alam bi Inhitat al-Muslimin, m.s. 416, cetakan: Maktab al-Sunnah, Kaherah).
Marilah kita mengambil pengajaran daripada apa yang disebut oleh Maulana Abu Hasan `Ali al-Nadwi ini agar kita bersegera membaiki diri dan kekuatan umat. Umat Islam di tanahair kita jumlahnya banyak, kita memiliki kuasa membeli yang tinggi, malangnya kita tidak tahu bagaimana mengalirkannya dengan tepat.

Marilah bersama-sama HPA mengajak umat Islam di Malaysia khasnya menggunakan produk Muslim keluaran HPA. Segala usaha anda akan dibalas dengan 11 Ganjaran Bonus dari syarikat dan insyaAllah akan dibalas diakhirat nanti dengan kebaikan.

Marilah kita bersama-sama berdakwah dan menjana pendapatan secara sambilan mahupun sepenuh masa bersama-sama HPA, insyaAllah.

Tuesday 5 January 2010

Memasarkan Produk Muslim Fardu Kifayah

Fenomena pasar raya halal


SERAMAI 30,000 pengunjung memeriahkan Karnival Jualan Mega 2009 Jom Halal Pasar Raya Pak Aji yang berakhir Ahad lalu.


HUJAN yang masih renyai dan petang yang semakin larut mungkin bukan cuaca dan keadaan yang sesuai bagi mengumumkan berita yang sebaik ini.

Namun bagi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Pak Aji dan Shamensi Sdn. Bhd. Hishammuddin Mohammad, beliau tidak perlu menunggu lebih lama lagi kecuali segera pada petang itu mengumumkan berita yang disifatkan tidak ubahnya sebagai satu pengisytiharan, perang!

"Syarikat kini dalam usaha untuk membuka sebanyak 50 buah pasar raya Pak Aji Halal Fresh Mart sepanjang tahun hadapan dan sehingga tahun 2020 dijangka sebanyak 500 buah pasar raya seperti itu akan dibuka di seluruh negara," katanya dalam ucapan di Majlis Perasmian Karnival Jualan Mega 2009 Jom Halal Pasar Raya Pak Aji di Taman Tasik Permaisuri Bandar Tun Razak Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Beliau mengisytiharkan perang tersebut kerana sudah kena pada masa dan ketikanya untuk memenuhi tuntutan hak umat Islam iaitu menikmati hanya produk-produk halal bagi membolehkan hidup mereka terjamin selamat di dunia dan akhirat kelak.

"Kita telah mempunyai pelbagai produk yang berkualiti malah isunya sebaik mana pun sesebuah produk itu termasuk mempunyai di bawah naungan label jenama antarabangsa dan terkenal tetapi jika tidak memenuhi standard dan mempunyai status halal, maka kita tidak dapat terima ia sebagai barangan yang berkualiti.

"Sebaliknya dianggarkan kita telah mempunyai lebih daripada 1,000 jenis produk-produk halal, daripada 200 hingga 300 para pembekal Muslim, kesemuanya telah memenuhi standard dan piawaian yang tinggi terutama status halal.

"Maka sudah tiba masanya umat Islam untuk beralih arah, kepada yang lebih baik!" katanya.

Namun sayangnya, tidak dinafikan produk-produk tersebut sukar untuk menembusi pasaran yang ada!

"Lantaran itu Syarikat (Pak Aji Holdings) tidak sahaja rasa terpanggil malah mengambil tanggungjawab berat ini bagi memastikan produk-produk halal tersebut dapat dipasarkan dan seterusnya memenuhi tuntutan agama dan umat Islam," katanya.

Karnival yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hassan Malek ini merupakan anjuran Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang kali ini diadakan untuk peringkat daerah Cheras dan ke 50 kali diadakan sepanjang tahun ini di seluruh negara.

Walaupun terdapat karnival jualan seumpama ini yang dianjurkan oleh pelbagai pihak, namun karnival anjuran Mara dengan kerjasama syarikat Pak Ali Holding jelas menampakkan perbezaan dan keunikan yang tersendiri. Sesuai dengan penubuhan MARA yang antara lain, untuk membantu para usahawan bumiputera dan Syarikat Pak Aji Holding yang berorientasikan kepada produk-produk halal dan 100 peratus Muslim maka karnival jualan yang mereka adakan tentunya amat memenuhi segala keperluan umat Islam terutama produk makanan, minuman, pakaian, kesihatan, dandanan sehinggalah kepada penggunaan baja tanaman dan perkhidmatan alat telekomunikasi.

Di karnival yang diadakan kali ini, pelbagai acara lain turut diadakan bagi menarik perhatian pengunjung yang datang.

Mereka tidak sahaja datang untuk mendapatkan pelbagai produk halal tetapi turut disajikan minda mereka dengan pelbagai acara yang bersifat ilmu. Ini termasuklah Forum Perdana yang dibarisi ahli panel terkenal seperti Pensyarah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Razak Wan Ahmad, pendakwah-pendakwah bebas, Meeftah Anuar, Reduan Mohd. Nor dan Akhil Hayy.

Namun aspek hiburan juga tidak diketepikan, dengan satu Konsert: Eksklusif Mini Konsert Bersama Akhil Hayy turut diadakan pada karnival tersebut.

Turut diadakan Pertandingan Mewarna Kanak-kanak, Pertunjukan Fesyen Kanak-kanak Busana Muslim, Kempen Derma Darah, Pertunjukkan Silap Mata dan sebagainya lagi menyebabkan beribu-ribu pengunjung tidak melepaskan peluang ke karnival ini.

Menurut Shamsuddin lagi, pembukaan pasar-pasar raya mini tersebut merupakan satu tindakan yang sangat berani perlu dilakukan. Di saat pembukaan begitu banyak pasar-pasar raya pasar raya hyper di hampir setiap daerah dan tempat serta kedai-kedai 24 jam beroperasi, maka sesetengah menyifatkan Pak Aji Holding itu sengaja menempah satu risiko yang besar.

"Namun kita tidak ada pilihan, kita mesti bergerak ke hadapan dengan apa daya sekalipun, di tambah lagi banyak agensi-agensi yang sepatutnya membantu usahawan-usahawan baru dan hendak naik namun mereka begitu memilih.

"Mujur sahaja Mara masih begitu membantu, maka segala usaha antara kita dengan bantuan MARA ini sahajalah diharapkan dapat merealisasikan produk-produk halal agar mempunyai pasaran yang meluas dan mudah didapati dengan pembukaan Pak Aji Halal Fresh Mart ini kelak," kata Hishamuddin.

Walaupun disifatkan bagaikan anak seluang menodak laut, laut yang terbentang luas, namun Pak Aji Holding tidak menoleh ke belakang lagi kecuali menjayakan pelbagai produk Muslim sementelah 65 peratus pengguna di negara ini adalah terdiri daripada penduduk Islam.

"Jika dengan peratus besar tersebut begitu dikuasai oleh produk-produk yang diragui soal halal haram, bersih dan tidak bersih hama atau kuman, maka fikirkanlah kesannya kepada pertumbuhan fizikal dan mental umat Islam, ia pasti ada memberikan kesan kepada ketahanan umat itu sendiri," katanya.

Saingan

Tidak dinafikan, umat Islam di negara ini agak terkebelakang dalam bidang peruncitan, borong dan pemasaran.

Faktor saingan daripada peruncit-peruncit bangsa asing dan bukan Islam sememangnya menjadi penghalang, namun Shamsuddin sedar umat Islam semakin sedar soal kepentingan mendapatkan produk-produk yang halal.

"Walaupun ada gerakan-gerakan dan dakyah yang memburuk-burukkan produk halal sebagai tidak memenuhi standard kualiti, pembungkusan tidak menarik, harga yang mahal dan sebagainya namun umat Islam perlu disedarkan bahawa semua itu adalah dakyah semata.

"Sehingga mereka mendapatkan sendiri produk-produk tersebut maka mereka akan sedar, mereka telah tertipu selama ini," katanya.

Sebagaimana yang ditegaskan sendiri oleh Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, menyedari kepentingan mengeluar dan memasarkan produk-produk Muslim ini sebagai satu tanggungjawab fardu kifayah terhadap umat Islam, Mara menjadi salah satu agensi kerajaan yang akan memastikan semua itu dapat dilaksanakan dengan baik.

"Masyarakat Islam kita dahulunya adalah begitu kaya sebagai pedagang dan saudagar antarabangsa dan Islam begitu menekan sembilan daripada sumber rezeki adalah menerusi bidang perniagaan maka umat Islam hari ini tidak perlu ada sebarang halangan untuk menerokai bidang ini sehingga berjaya," kata Hassan Malek.

Berdasarkan rekod Mara dan penubuhan jabatan di dalamnya yang bertujuan untuk membantu para usahawan Bumiputera, Melayu dan Islam telah membelanjakan sehingga Julai lalu, hampir lebih daripada RM3.7 bilion untuk tujuan pembiayaan perniagaan.

"Di peringkat Mara Negeri Wilayah Persekutuan sahaja, lebih daripada 3,000 usahawan telah mendapat mendapat hasil dari bantuan pembiayaan Mara sebanyak RM157 juta.

"Sebahagiannya sebagai suntikan modal kepada para usahawan baru Bumiputera yang kita percaya pada hari ini telah menjadikan ramai di kalangan mereka sebagai jutawan dan tokoh-tokoh korporat yang terkenal," kata Hassan.

Apabila kita mengunjungi kedai pameran yang dimiliki oleh Pak Aji Holding di Karnival itu sendiri, tanpa di sangka kesemua produk-produk harian terutama makanan dan minuman daripada pelbagai pengeluar Muslim ada dijual di situ.

Sama ada daripada barangan runcit, sehinggalah kepada bekalan ayam, ikan, susu pekat isian manis, krimer dan susu formula bayi dijangka dapat memenuhi keperluan umat Islam.

Tidak syak lagi, bahawa kita tidak ada lagi alasan bahawa produk-produk Islam tidak memenuhi setiap inci keperluan tetapi sebenarnya telah lama ada dan malah mempunyai harga yang lebih kompetatif murah dan berkualiti tinggi.

Begitu juga apabila mengunjungi hampir 60 gerai pameran yang mengambil bahagian sepanjang tiga hari karnival itu berlangsung, sukar untuk dipercayai bahawa kita mempunyai segala-galanya.

Sama ada makanan yang diproses atau segar yang menjadi keperluan utama setiap hari ada pembekalnya dan ini menyebabkan kita sebagai umat Islam mahukan agar karnival seperti ini lebih banyak diadakan. Cawangan (outlet) pasar raya mini yang seratus peratus menjual keperluan Muslim perlu dibuka di banyak tempat serta pelbagai cara lain kaedah pemasaran perlu di kuasai oleh para usahawan.

Umat Islam sememangnya tidak perlu lagi tercari-cari. Demi untuk membina darah daging yang mengalir di dalamnya daripada bersumberkan bahan-bahan yang halal, suci dan bersih (halalan wa toyyibban), maka apa alasannya lagi untuk kita menghalang usaha-usaha murni seperti yang dilakukan oleh syarikat Pak Aji Holding ini.

Malah umat Islam itu sendiri perlu menyahut bagi menjayakannya dengan tanpa terlalu berkiblat kepada pasar-pasar raya besar walaupun konsep semuanya ada dalam satu tempat begitu menjadi pilihan utama kepada semua pengguna di negara ini.

Marilah bersama-sama HPA sebagai usahawan muslim yang bersama-sama membina ekonomi umat Islam yang lebih baik disamping menunaikan fardu kifayah.


.: Motto Syarikat :.
" PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA "
.: Visi Syarikat :.
HPA
komited mewujudkan rangkaian produk herba sebagai satu kaedah rawatan
yang berkesan.
HPA
komited menjadi pengeluar dan pemasar produk halal melalui jaringan MLM Syariah di negara ini.
HPA
komited membentuk usahawan yang dinamik, progresif dan berwibawa.
.: Misi Syarikat :.
HPA
memberi keutamaan mempelbagaikan lagi rangkaian produk-produk herba
dan juga program penyelidikan yang berupaya meningkatkan lagi mutu
keluaran yang berkesan dan dapat membantu melegakan jenis-jenis
penyakit yang dialami.
HPA
juga memberi keutamaan mempelbagaikan keluaran produk-produk halal bagi tiga produk utama iaitu makanan kesihatan, kosmetik dan barangan keperluan harian.
HPA
menyedia dan memberi kemudahan bagi usahawan untuk terus mengembangkan
pengetahuan dan memantapkan lagi perniagaan ke arah kejayaan diri,
keluarga, dan masyarakat.

Ahlan Wasahlan 2010

Posted: 02 Jan 2010 11:41 PM PST

2009 telah berlabuh, seluruh warga kerja HPA Sungai Petani menutup tirai 2009 dengan program perjumpaan staf dan Kuliah Perubatan Jawi (KPJ). Seperti biasa dalam program perjumpaan staf Pengarah Urusan HPA, iaitu yang berbahagia Tn Hj Ismail Ahmad akan berucap.

Ucapan beliau,

Tahun 2008 Al-wahida Marketing sdn.bhd. (AWM) telah mencatat keuntungan bersih sebanyak RM 2 juta dan HPA Industries sdn.bhd. mencatat untung bersih sebanyak RM 4 juta. Ini menunjukkan HPA kini boleh disenaraikan dalam Bursa Saham Malaysia.
Unjuran pada tahun 2010 ialah untung x 25% untuk menentukan pencapaian HPA pada 2010.

2010 apakah mimpi HPA?



2009 hanya 5 buah RFC dapat didirikan, tetapi 2010 ada 6 buah RFC lagi yang sedang dibangunkan yang melibatkan 3 fasa. fasa1,2,3. Fasa 3, bermaksud telah siap sepenuhnya iaitu di Kubnag Kerian, Kuala Terengganu dan Kangar. Yang menunggu CF iaitu di Kuantan dan Shah Alam dan yang sedang menunggu iaitu di Sungai Ara dan Kuala Lumpur. InsyaAllah tahun 2010 HPA akan menggenapkan jumlah RFC sebanyak 25 buah. Walau bagaimanapun beliau berkata bahawa staf HPA kurang senyuman. Beliau terus mengungkapkan ungkapan yang sering kita dengar dikaca tv iaitu "Kurangkan Manis dalam minuman, tambahkan manis dalam senyuman"

Target pembangunan HPA pada 2009 ialah 150 buah cawangan. Walau bagaimanapun hanya 145 cawangan berjaya dibangunkan. Walau pun tidak mencapai target tetapi hampir mencapai ia merupakan pencapaian yang sangat membanggakan HPA. Pada tahun 2010 HPA akan membuka HPA Halal Mart, iaitu 2 lot kedai yang merupakan mini market yang penuh dengan produk halal.

2010 juga HPA akan memiliki Menara HPA iaitu bangunan 14 tingkat di seksyen 13 Shah Alam dengan kos RM 54 juta. HPA juga dipelawa untuk menjadi mentor bagi halal hub iaitu di Serkam, Melaka. Padang Besar, Perlis. dan Bukit Kayu Hitam, Kedah. 2009 HPA hanya mencapai 600,000 orang ahli dan target 2010 1 juta ahli bersama HPA.

HPA telah memiliki pusat pendidikannya sendiri iaitu di Bukit Tambun, Pulau Pinang. Manhal iaitu bangunan 4 tingkat dengan kos RM 2.8 juta akan menempatkan anak-anak ahli HPA suatu hari nanti. Dalam masa 5 tahun Manhal akan menjadi Kolej Universiti dan 5 tahun selepas itu insyaAllah akan menjadi Universiti.

Perkembangan HPA diluar negara amat membanggakan iaitu 5 buah cawangan sdah dibangunkan di Thailand, pejabat HPA di Phnom Penh, Kemboja Radix Pizza House akan dibuka di Batam dan banyak lagi pejabat HPA akan dibuka di Indonesia.

Akhirnya beliau mengucapkan tahniah kepada warga kerja HPA dan beliau menyatakan bahawa tuan-tuan adalah pekerja yang terbaik, jika tidak masakan HPA dapat mencapai pencapaian yang kita nikmati sekarang ini.

Assalamualaikum w.b.t


"PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

Sunday 3 January 2010

Radix Pizza House Lakar Sejarah

Satu lagi sejarah telah pun dilakar oleh HPA di mana, Pizza HPA yang dinanti-nantikan oleh para pengedar HPA telah pun mula beroperasi pada 17hb Oktober 2009 bertempat di Lagenda Heights, Sungai Petani. Waktu perniagaan juga adalah sama seperti rangkaian restoran HPA yang lain iaitu

bermula jam 9.00 pagi sehinggalah jam 11.00 malam.

Kita seharusnya merasa bangga kerana usaha ini akan mengembang dan meningkatkan lagi ekonomi ummah. Kerana produk yang BERKAT akan mendapat KEREDAHAAN dari ALLAH S.W.T. Insya’allah…

Jom Sembang