Sunday 6 July 2014

Merasai Nikmat Beribadah

Kenapa kita malas nak beribadat kepada Allah; 1. Kerana banyak sangat berangan2 kepada dunia.
2. Kerana banyak sangat berbuat kepada benda2 harus (seperti makan, nasyid (berhibur) dan sebagainya).
3. Kerana banyak dosa pacaindera (tidak menjaga apa yang dilihat dan didengar).

Macammana nak merasa nikmat melakukan ibadat;
1. Berdoa kepada Allah supaya kita rajin beribadah.
2. Berangan2 kepada akhirat (contoh kerja kuat untuk banyak bersedekah).
3. Beribadat jangan bertangguh2 dan beritikaf di rumah2 Allah.
4. Berbanyak membaca dan mendengar kisah ulama2, nabi2 yang berjaya.
5. Menjaga pacaindera dari melakukan dosa supaya Allah akan menjentik hati kita untuk bangun malam beribadah.

Monday 30 June 2014

Tazkirah

Jika kita bersandar kepada Allah, semua masalah akan selesai kerana Allah itu Maha sempurna.

Sunday 22 June 2014

Enam Perkara Yang Mematikan Hati

1. Sengaja (suka) membuat dosa, seolah-olah masih ada harapan untuk bertaubat.
2. Rajin datang kelas ilmu tetapi tiada bertambahnya amal.
3. Jika beramal sekali pun tetapi tidak ikhlas.
4. Tidak bersyukur kepada Allah.
5. Tidak redha dengan pemberian Allah.
6. Datang menziarah orang yang meninggal dunia, tetapi tidak ambik iktibar untuk diri sendiri.

Friday 20 June 2014

Ya Allah Ampunilah Dosa-dosa Ku

Ya Allah ampunilah segala dosa-dosa ku. Mendengar rakaman ceramah Ustaz Kazim pagi ni di kedai makan, aku banyak kelemahan aku banyak berdosa. Terima kasih kepada Ustaz Kazim dan terima kasih kepada tokey kedai makan ni.

Jom Sembang