Tuesday 15 December 2009

Pelan Pemasaran Herba Penawar Al Wahida

Pelan Pemasaran HPA

JOM JANA PENDAPATAN BERSAMA HPA

Apa yang anda perlu lakukan ialah:

1. Pertama sekali anda perlu menjadi ahli HPA melalui www.radixtv.blogspot.com atau terus berjumpa dengan upline (Mohd Faizal)

2. Kedua, gunakan produk HPA (dari produk ubatan herba, makanan tambahan, makanan, minuman, kosmetik, pencuci, menjamu selera di RFC, RCH, ROC dan sebagainya – rujuk www.hpa.com.my), dapatkan di mana-mana stokis atau cawangan HPA seluruh Malaysia. (50 Nilai Mata adalah syarat minima untuk layak mendapat bonus).

3. Langkah ketiga, berkongsilah pengetahuan produk HPA dengan rakan-rakan, secara tidak langsung anda boleh membina jaringan perniagaan anda dengan cara ini. Jika anda memerlukan bantuan saya mengenai downline atau apa sahaja, hubungilah saya (Mohd Faizal – 0124835145), saya sedia membantu anda dengan downline anda.

Dengan terlaksananya semua langkah di atas, anda akan menerima bonus setiap bulan daripada pihak HPA. Makin banyak anda menaja, makin besarlah bonus anda. Sasarkan target anda : 1 Keluarga 1 Ahli

Jadi Ahli HPA –> Beli & Guna Produk HPA –> Menaja

PLAN PEMASARAN HPA
Adil & Sukses

HPA menggunakan kaedah pemasaran yang berkesan untuk memastikan semua produk HPA dipasarkan ke seluruh Malaysia dan mencapai hasrat untuk menguasai pasaran global. Jadi, HPA telah menubuhkan syarikat pemasaran sendiri iaitu Al Wahida Marketing Sdn. Bhd. pada 1 Februari 1996 dengan No. Pendaftaran 376131-A, mendapat lesen di bawah Akta Jualan Langsung dari Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, berfungsi untuk memasarkan produk HPA melalui konsep sistem Multi-Level Marketing (MLM). Ia merupakan satu kaedah dan strategi yang cukup berkesan untuk memperkenalkan produk-produk kepada pelanggan.

Kekuatan Plan Pemasaran HPA

1. Berteraskan prinsip ihsan
2. Keadilan pada setiap peringkat
3. Telus dan berdaya saing
4. Bebas daripada gimik, perangkap dan penindasan
5. Sesuai dengan kehendak dan cabaran MLM masa kini
6. Mampu menjana pendapatan puluhan ribu ringgit setiap bulan

Plan Pemasaran Era Baru HPA dijamin ADIL dan SUKSES.

Tawaran 11 Ganjaran Hebat Melalui Perniagaan MLM HPA. Lihat dan teliti Plan Pemasaran Hebat ini!

11 GANJARAN BONUS HEBAT HPA

1. Untung Runcit……………………………………………….20% ~ 25%
2. Bonus Prestasi Peribadi………………………………..10% ~ 20%
3. Bonus Kenaikan Pangkat…………………………….…23% ~ 35%
4. Bonus Pembelian Stabil…………………………………5% x NM HPA
5. Bonus Kemajuan Jaringan……………………………..6% x NM HPA
6. Bonus Generasi Pangkat………………………………..26%
7. Bonus Pengarah Jati Setia………………………………5% x NM HPA
8. Bonus Pengarah Jati Emas/Intan/Mahkota…….15%
9. Tabung Pelancongan……………………………………….5%
10. Tabung Perlindungan Takaful………………………..RM70,000 +++
11. Bonus Agen Stok……………………………………………..11% ~ 16%

Penerangan Ringkas Tentang Plan Pemasaran HPA

Belian minima yang disyaratkan untuk anda layak menerima bonus ialah 50 Nilai Mata (NM) setiap bulan (anggaran dalam RM 100++).

Contoh Senarai Produk HPA Dengan Belian 50 NM

Contoh Senarai Produk HPA Dengan Belian 100 NM

Peratus bonus bulanan diberi berdasarkan jumlah Nilai Mata (NM) yang dikumpul secara:

1. Timbunan

2. Berkumpulan

3. Tiada had masa

Jadual Nilai Mata & Peratus Bonus

PB: Pengedar Bertauliah (belum berpangkat), PLX: Pengurus Melati (pangkat pertama)

Apabila timbunan NM anda dan rangkaian anda telah melebihi 1501 NM, anda akan mencapai kenaikan pangkat yang pertama iaitu Pengurus Melati (PLX). Pangkat dan peratus bonus yang diterima adalah KEKAL dan tidak akan hilang walaupun anda tidak aktif membeli produk HPA pada bulan-bulan berikutnya.

Ada cara lain untuk mencapai kenaikan pangkat pertama tanpa perlu mengumpul 1501 NM. Caranya ialah:

1. Anda hadir program PBC
2. Dan lakukan
belian bersyarat (300 NM) pada bulan yang anda hadir program PBC atau pada bulan hadapannya. Peserta program PBC boleh juga mengumpul 300 NM sebelum ke program PBC melalui mana-mana agen stok.

Penerangan lanjut tentang program PBC ada dijelaskan disini.

Anda boleh memilih sama ada mengumpul 1501 NM ATAU sertai program PBC (beserta belian 300 NM) untuk mencapai kenaikan pangkat.

Untuk mencapai kenaikan pangkat kedua dan seterusnya, anda perlu mengembangkan jaringan berdasarkan rajah dibawah. Contohnya, anda akan naik ke pangkat kedua, PRX apabila anda berjaya melahirkan 3 orang yang berpangkat pertama dibawah anda.

pangkat-1-v2.PNG

pangkat-2-v2.PNG

pangkat-3-v2.PNG

Rajah Pemberian Bonus Dengan Hanya Menaja Seorang Setiap Bulan Dalam Jangkamasa 13 Bulan (contoh belian dengan 100 NM)

Tugas Anda:

Pertama : ahli hanya perlu menaja seorang downline dalam sebulan, sehingga bulan ke-6. Maksudnya ahli hanya perlu menaja 6 orang untuk level pertama dalam masa 6 bulan sahaja.

Kedua : ahli perlu maintain belian peribadi 100NM setiap bulan, bagi melayakkan mendapat bonus setiap bulan disamping menikmati kenaikan pangkat.

plan-a-v1.PNG

"Marilah bersama-sama kita menggunakan produk halal lagi bersih keluaran orang Islam"

"Marilah bersama-sama kita menyokong produk keluaran Malaysia"

"Marilah bersama-sama kita membina pendapatan yang lebih stabil"

Monday 7 December 2009

Kerap Makan Ayam Suntik

Kerap makan ayam suntik

Oleh Muhd Izawan Baharin
izawan@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Gejala buah dada lelaki membesar seperti wanita atau gynecomastia bukan saja berpunca daripada pengambilan ubat-ubatan diragui kandungannya, malah mereka kerap makan ayam disuntik hormon juga berisiko berdepan masalah itu.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan Pakar Kesihatan Awam, Datuk Dr Maamor Othman, berkata apabila lelaki menghadapi masalah gynecomastia, mereka berisiko menghidap barah payu dara lebih dahsyat daripada wanita.

“Tuhan menjadikan fitrah wanita mengeluarkan hormon estrogen yang menyebabkan payu dara mereka membesar secara semula jadi, tetapi apabila lelaki mengambilnya terdapat risiko barah menjadi lebih ganas iaitu cepat merebak serta membawa maut.

“Perkara ini berlaku bukan saja disebabkan pengambil ubat tidak sah yang mengandungi steroid dan estrogen, malah lelaki terutama kanak-kanak yang kerap makan ayam disuntik hormon juga berisiko mengalami gynecomastia atau buah dada mereka membesar,” katanya yang dihubungi semalam.

Beliau mengulas muka depan Metro Ahad semalam mengenai jumlah lelaki menghidap gynecomastia meningkat dan ramai tidak tahu ia disebabkan kesan sampingan ubat tenaga batin, gastrik serta penenang minda.

Kebiasaannya, pada peringkat awal penghidap gynecomastia tidak mengetahui atau menyedari mereka menghidap penyakit itu, namun berasa ada tidak kena pada buah dada apabila terasa sakit dan ketulan isi di bawah puting.

Dr Maamor berkata, selain ubat tidak sah dan ayam hormon, golongan mak nyah mengambil hormon untuk melicinkan kulit juga boleh menghidap gynecomastia.

“Memang gynecomastia boleh dirawat melalui pembedahan, tetapi saya lebih suka pendekatan pencegahan daripada mengubat.

“Elak daripada mengambil ubat kuat yang tidak mendapat pengesahan Kementerian Kesihatan termasuk minuman seperti kopi yang didakwa ada campuran herba untuk kekuatan seks kerana kita tidak tahu apa bahan sebenarnya dimasukkan ke dalamnya,” katanya.

* Perhatian Semua Produk keluaran HPA mendapat pengesahan dari Kementerian Kesihatan.

Saturday 5 December 2009

HPA City RM100 juta di Shah Alam

21hb Ogos 2009 (HMetro): HPA Industries Sdn Bhd (HPA), syarikat jualan langsung (MLM) Bumiputera yang terkenal dengan produk kopi Radix, merancang menjadikan Shah Alam sebagai bandar HPA City dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Pengurus Besar Al Wahida Marketing Sdn Bhd (milik HPA), Mohd Faisol Abd Rahman, berkata pembangunan yang membabitkan nilai pembangunan kasar RM100 juta untuk fasa pertama itu akan bermula menjelang akhir tahun ini secara berperingkat mengikut fasa.

Beliau berkata, ketika ini, HPA City berpusat di Kedah mempunyai pelbagai rangkaian perniagaan merangkumi pelbagai bidang antaranya Radix Fried Chicken (RFC), Hotel El Zehra Inn, HPA Ilham Holiday, Radix Bakery House, Thoharah Dobi dan Jawi Herb Shop.

Katanya, Shah Alam akan menjadi HPA City kedua selepas Kedah dan langkah itu bertujuan mengembangkan lagi perniagaannya, sekali gus sebagai batu lonjatan ke persada antarabangsa.

“Ketika ini HPA menembusi pasaran Indonesia dan bakal menerokai Timur Tengah dalam masa terdekat serta menjadikan Asia Tenggara sebagai sasaran utama.

“Langkah menjadikan Shah Alam sebagai HPA City secara langsung dapat mengukuhkan lagi perniagaan kami di kawasan Lembah Klang yang akan memudahkan pelanggan mengakses serta mengenali produk kami,” katanya kepada Bisnes Metro pada majlis pelancaran Kad VIP HPA dan perasmian kios HPA pertama di hotel iaitu di Hotel De Palma, Ampang, Selangor, semalam.

Kad VIP HPA adalah kad istimewa untuk ahli HPA seluruh negara yang dicatatkan mempunyai lebih 550,000 ahli termasuk pengedar.

Mengulas lanjut, Mohd Faisol berkata, pihaknya mensasarkan untuk memperoleh jualan mencecah RM25 juta pada 2010 dengan disokong rancangan syarikat untuk membuka kiosk seumpama ini di pelbagai lokasi seperti di hotel, masjid, pusat beli-belah dan bangunan kerajaan serta korporat seluruh negara.

Thursday 3 December 2009

Industri Herba Tempatan Dijangka Tumbuh 8-15 Peratus Setahun

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Nilai pasaran industri herba di Malaysia dijangka mencecah hampir RM10 bilion pada tahun ini, yang kemungkinan berkembang dari 8.0 hingga 15 peratus setahun berasaskan penerimaan yang kian meningkat terhadap perubatan semula jadi. Ketika kemelesetan ekonomi, perubatan herba menjadi perubatan alternatif yang diterima pengguna disebabkan kos yang lebih rendah berbanding dengan perubatan moden, kata Pengerusi dan Pengasas Majlis Forum Ekonomi Global Bio-Herba Datuk Yeat Sew Chuong. Sambil menyatakan industri herba sebagai industri anti krisis, Yeat berkata industri itu kian berkembang kukuh sejak beberapa tahun lepas, daripada kira-kira RM7 bilion pada 2006 kepada RM9 bilion pada tahun lepas. Beliau berkata demikian kepada pemberita hari ini sempena Forum Ekonomi global Bio-Herba Kedua di sini esok. Forum tiga hari itu akan dilancarkan oleh Menteri Kesihatan Datuk Liow Tiong Lai. Forum yang dijangka menarik penyertaan 3,000 peserta tempatan dan dari seberang laut itu akan membentangkan pelbagai tajuk dan isu mengenai industri bio-herba serta sesi jaringan perniagan. Forum itu akan menjadi platform bagi peserta industri itu untuk meluaskan jaringan masing-masing, bertukar-tukar idea dan mempamerkan produk kesihatan terbaru dari China, Amerika Syarikat, Filipina, Hong Kong, Thailand, Indonesia, Singapura dan Vietnam. Bagi menyokong pertumbuhan industri herba tempatan, Yeat berkata usaha diperlukan pada masa ini untuk merangsang pengusaha tempatan meraih potensi besar industri itu. Katanya kerajaan perlu turut mengenal pasti industri itu serta bidang yang berpotensi untuk dibangunkan bagi membangunkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kerana industri herba global diunjurkan bernilai AS$5 trilion menjelang 2050 daripada AS$200 bilion sekarang ini. "Kebanyakan PKS tempatan terbabit dalam aktiviti nilai tambah yang rendah seperti pemprosesan bahan tumbuhan kering bagi menghasilkan serbuk dan fermentasi bagi pengeluaran tonik perubatan," kata Yeat. "Bagi membolehkan mereka meluaskan pasaran, mereka perlu meningkatkan rantaian nilai dengan menambah baik pengeluaran masing-masing ke paras teknologi lebih tinggi," katanya, sambil menyatakan kini terdapat lebih 1,000 syarikat tempatan yang terbabit dalam industri itu. Disebabkan kekurangan bukti saintifik dan penyelidikan mengenai keselamatan, keberkesanan dan penyeragaman produk herba, industri tempatan di negara-negara Asean kehilangan agihan industri itu yang bernilai AS$200 bilion. Di pasaran global, Yeat berkata Jerman mendahulu dengan 28 peratus agihan pasaran manakala Asean mencatatkan 18 peratus dan Jepun menguasai kira-kira 13 peratus. Walau pun penggunaannya merupakan sesuatu yang biasa di Asia, katanya kadar penerimaan di rantau ini rendah, iaitu sebanyak 8.0 peratus sahaja daripada penduduk Asia berbanding dengan sehingga 20 peratus di sesetengah negara Barat. Menurutnya, kadar penerimaan yang lebih tinggi itu disebabkan ramai penduduknya menyedari pentingnya perubatan semula jadi bagi mengekalkan kesihatan masing-masing serta tahap tinggi penyelidikan dan pembangunan, keselamatan dan penjenamaan yang terlibat dalam produk herba. Bagi menggalakkan orang ramai menggunakan produk herba semula jadi, katanya para peserta industri digalakkan mengguna pakai prinsip amalan pertanian yang baik, amalan pengilangan yang baik dan amalan makmal yang baik. Yeat, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif INS Bioscience Bhd yang mengeluarkan makanan tambahan kesihatan herba di bawah jenama Easy Pha-max, berkata Malaysia berpeluang mengeluarkan produk herba halal. "Malaysia mempunyai sumber herba yang besar dan dengan itu mempunyai peluang yang cerah untuk mmebekalkan kepada 1.3 bilion umat Islam di seluruh dunia. -- BERNAMA

Jom Sembang