Friday, 25 September 2009

Rangkaian Kosmetik Halal Untuk Wanita Muslim

Sebagai orang Islam, kita pasti tidak mahu bersembahyang lima kali sehari dengan bahan daripada haiwan haram seperti khinzir berada di dalam badan.
Masih ramai yang tidak mengetahui kebanyakan produk solekan di pasaran hari ini mengandungi bahan yang tidak dibenarkan dalam agama.
Jadi, sebagai Muslim kita perlu mencari alternatif terbaik dengan menggunakan produk yang suci dan halal.
Kebanyakan produk solekan yang ada di pasaran tidak sesuai untuk masyarakat Islam kerana ia mengandungi bahan seperti alkohol dan kandungan haiwan yang haram di sisi agama.
Asid lemak serta gelatin yang digunakan secara meluas dalam pembuatan pelembap, syampu, topeng muka serta gincu bibir, biasanya diperbuat daripada bahan ekstrak babi.
Dalam kebanyakan jenama, terdapat kandungan darah, urin, lemak serta gelatin haiwan termasuk uri dan asid sterik yang diperoleh daripada khinzir.
Kandungan lemak dalam gliserin, keratin dan kolagen (bahan biasa yang ditemui dalam produk kecantikan), diambil daripada lemak haiwan.
Rumah penyembelihan biasanya akan mencari alternatif untuk melupuskan sisa haiwan yang disembelih dan setiap tahun, ia dikatakan mencecah ke angka bilion.
Antara caranya adalah dengan menjualnya untuk dijadikan sebagai makanan atau pembuatan kosmetik.
Fakta ini sangat meloyakan. Kita sudah tentu tidak mahu meletakkan semua bahan itu pada kulit dan ia kemudian akan meresap ke dalam badan.
Kebanyakan wanita Muslim masa kini masih lagi tidak tahu kandungan krim yang mereka pakai.
Kini HPA sudah memperkenalkan rangkaian kosmetik halal 'Centella White' yang boleh memberikan anda keyakinan tentang bersih, suci dan halal. Wanita muslim ini tidak perlu lagi ragu untuk menggunakannya dan hasilnya insyaAllah memuaskan hati.
Hubungi kami bagi mendapatkan penerangan lanjut. Anda juga berpeluang untuk menjadi pengedar bersama kami dirangkaian HPA.

No comments:

Post a Comment

Jom Sembang