Kerap makan ayam suntik
Oleh Muhd Izawan Baharin
izawan@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Gejala buah dada lelaki membesar seperti wanita atau gynecomastia bukan saja berpunca daripada pengambilan ubat-ubatan diragui kandungannya, malah mereka kerap makan ayam disuntik hormon juga berisiko berdepan masalah itu.
Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan Pakar Kesihatan Awam, Datuk Dr Maamor Othman, berkata apabila lelaki menghadapi masalah gynecomastia, mereka berisiko menghidap barah payu dara lebih dahsyat daripada wanita.
“Tuhan menjadikan fitrah wanita mengeluarkan hormon estrogen yang menyebabkan payu dara mereka membesar secara semula jadi, tetapi apabila lelaki mengambilnya terdapat risiko barah menjadi lebih ganas iaitu cepat merebak serta membawa maut.
“Perkara ini berlaku bukan saja disebabkan pengambil ubat tidak sah yang mengandungi steroid dan estrogen, malah lelaki terutama kanak-kanak yang kerap makan ayam disuntik hormon juga berisiko mengalami gynecomastia atau buah dada mereka membesar,” katanya yang dihubungi semalam.
Beliau mengulas muka depan Metro Ahad semalam mengenai jumlah lelaki menghidap gynecomastia meningkat dan ramai tidak tahu ia disebabkan kesan sampingan ubat tenaga batin, gastrik serta penenang minda.
Kebiasaannya, pada peringkat awal penghidap gynecomastia tidak mengetahui atau menyedari mereka menghidap penyakit itu, namun berasa ada tidak kena pada buah dada apabila terasa sakit dan ketulan isi di bawah puting.
Dr Maamor berkata, selain ubat tidak sah dan ayam hormon, golongan mak nyah mengambil hormon untuk melicinkan kulit juga boleh menghidap gynecomastia.
“Memang gynecomastia boleh dirawat melalui pembedahan, tetapi saya lebih suka pendekatan pencegahan daripada mengubat.
“Elak daripada mengambil ubat kuat yang tidak mendapat pengesahan Kementerian Kesihatan termasuk minuman seperti kopi yang didakwa ada campuran herba untuk kekuatan seks kerana kita tidak tahu apa bahan sebenarnya dimasukkan ke dalamnya,” katanya.
* Perhatian Semua Produk keluaran HPA mendapat pengesahan dari Kementerian Kesihatan.
No comments:
Post a Comment